Skip to main content

Dunia

Angka korban serangan bom ke atas masjid di Pakistan naik kepada 15

Angka korban akibat pengeboman sebuah masjid di Quetta, barat daya Pakistan, meningkat kepada 15 pada Sabtu (11 Jan), dedah para pegawai di tengah-tengah keganasan militan yang semakin berleluasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban serangan bom ke atas masjid di Pakistan naik kepada 15

(Gambar: Reuters/Naseer Ahmad)

Diterbitkan : 12 Jan 2020 12:55AM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 12:57AM

QUETTA: Angka korban akibat pengeboman sebuah masjid di Quetta, barat daya Pakistan, meningkat kepada 15 pada Sabtu (11 Jan), dedah para pegawai di tengah-tengah keganasan militan yang semakin berleluasa.

Sebuah alat letupan buatan sendiri meledak dalam masjid itu semasa waktu solat sebelah malam, membunuh 13 orang dan mencederakan lebih 20 yang lain, menurut polis.

ISIS mengaku bertanggungjawab ke atas pengeboman itu, yang menurutnya menyasarkan seminari Taliban Afghanistan.

Wilayah Balochistan yang kaya dengan bahan galian dan gas, yang mana Quetta adalah ibu kotanya, terletak di tengah-tengah Koridor Ekonomi China-Pakistan bernilai AS$60 bilion << >>, sebahagian daripada projek Jaluran Ekonomi Laluan Sutera.

Namun keganasan di wilayah itu menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan projek-projek yang dirancang seperti hubungan bekalan tenaga dari barat China ke pelabuhan selatan Gwadar di Pakistan.

Serangan pada Jumaat adalah yang kedua di bandar itu minggu ini, sedang polis mendedahkan pihaknya mematahkan satu lagi percubaan serangan pengebom nekad di bandar Rawalpindi dekat Islamabad, selepas dia menembak mati dua anggota polis.

"Dua daripada mangsa yang tercedera mati semalam malam di hospital," kata Menteri Dalam Negeri Zia Langove, sambil menambah bahawa enam orang masih dalam keadaan kritikal.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita