Angka korban runtuhan tapak pelupusan sampah Filipina naik kepada 20 orang
Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Angka korban akibat kejadian runtuhan tapak pelupusan sampah di bandar Cebu, di bahagian tengah Filipina, meningkat kepada 20 orang, sedang pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari 16 pekerja yang masih hilang pada Rabu (14 Jan), menurut pihak berkuasa, lapor agensi berita Xinhua.
Para pegawai bandar Cebu memaklumkan jumlah mangsa yang berjaya diselamatkan kekal 18 orang, kesemuanya mengalami kecederaan selepas sebahagian tapak pelupusan sampah itu runtuh dan menghempap sebuah bangunan pada 8 Jan.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sedang pihak berkuasa berdepan kekangan masa dalam usaha mengesan mangsa yang masih hilang.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.