Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban ribut ganas di AS semakin meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
ARKANSAS: Para penduduk di bahagian tengah Amerika Syarikat (AS) yang terjejas akibat bencana puting beliung dan ribut ganas kini mengira nilai kemusnahan yang dihadapi mereka.

Bencana yang melanda Sabtu lalu kini meragut sekurang-kurangnya 32 nyawa.

Ribut yang membadai ibu kota Arkansas itu telah meranapkan bumbung lokasi konsert popular di Illinois dengan jumlah kerosakan yang tinggi.

Gabenor Arkansas, Sarah Huckabee Sanders mengisytiharkan darurat selepas lima individu dari kawasan itu dipercayai terbunuh.

Puting beliung yang melanda 11 wilayah AS memusnahkan rumah dan perniagaan.

Khidmat Cuaca Nasional mengesahkan pada Ahad (2 Apr) bahawa puting beliung tersebut menyebabkan kerosakan di beberapa rumah berhampiran Bridgeville, Delaware.

Angka korban termasuk sekurang-kurangnya sembilan orang di daerah Tennessee, lima di Indiana dan empat di Illinois.

Kematian lain akibat ribut yang melanda malam Jumaat hingga Sabtu dilaporkan di Alabama dan Mississippi.

Tennessee merekodkan sekurang-kurangnya 15 kematian, termasuk sembilan kematian di McNairy County, timur Memphis, menurut Patrick Sheehan, Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Tennessee.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan