Angka korban perang Israel-Hamas jangkaui 1,000
Anggaran Waktu Membaca:
Serangan udara Israel menyasarkan Bank Negara di bandar Gaza pada 8 Oktober 2023. (Gambar: AFP/Ahmed Zakout)
SDEROT: Angka korban di Gaza telah meningkat kepada lebih 400, dan 600 di Israel.
Ini sekali gus membawa kepada lebih 1,000 korban jiwa dalam pertempuran antara Hamas dengan Israel itu.
Lebih 250 mayat turut ditemui di tapak festival muzik Supernova.
Menurut pemerintah Israel, sekurang-kurangnya 600 individu terkorban dalam serangan itu, manakala lebih 2,000 yang lain cedera dan 100 lagi diculik.
Serangan balas Israel pula telah mengorbankan sekurang-kurangnya 413 penduduk di Semenanjung Gaza dengan 2,300 lagi cedera, menurut kemas kini terkini daripada pihak berkuasa Palestin.
Sementara itu, Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa ia akan menghulurkan lebih banyak bantuan tentera kepada Israel dalam bentuk pembekalan senjata dan meningkatkan anggota tentera di kawasan tersebut.
Dalam pada itu Hamas menyatakan, bantuan Amerika Syarikat itu ibarat pencerobohan terhadap rakyat Palestin.
Presiden Amerika Joe Biden memberitahu Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad bahawa bantuan tambahan itu, yang akan dihulurkan kepada Pasukan Pertahanan Israel sedang dalam perjalanan ke negara itu dan lebih banyak akan menyusul dalam beberapa hari akan datang, menurut Rumah Putih selepas panggilan telefon mereka. Naib Presiden AS Kamala Harris juga mengadakan panggilan telefon dengan Presiden Israel Isaac Herzog.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan yang menyokong warga Palestin pula berhimpun di Times Square di bandar New York dan berdekatan Rumah Putih di Washington pada Ahad, bagi menyuarakan bantahan terhadap sokongan Amerika kepada Israel.
Segelintir penunjuk perasaan juga mengangkat sepanduk, yang menyatakan "Akhiri bantuan AS" dan "tentangan bukan pengganasan".
Sementara itu, Gabenor New York Kathy Hochul pada Sabtu telah mengutuk rancangan untuk mengadakan tunjuk perasaan sedemikian, sambil menyifatkannya sebagai "bertentangan dari segi moral".

Sumber : AGENCIES/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.