Skip to main content

Dunia

Angka korban perang Israel-Hamas di Gaza jangkaui 64,800

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban perang Israel-Hamas di Gaza jangkaui 64,800

Seorang anak Palestin yang sedang dibantu MAPIM Malaysia. (Gammbar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Sep 2025 07:40AM Dikemas Kini : 14 Sep 2025 07:41AM
  • Ankara: Sekurang-kurangnya 64,800 rakyat Palestin maut dalam perang Israel-Hamas di Carikan Gaza sejak Oktober 2023, selepas tujuh lagi mangsa meninggal dunia akibat kebuluran di wilayah itu.
  • Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan sebanyak 47 jenazah dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu manakala 205 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa cedera kepada lebih 164,200 orang sejak serangan bermula.
  • Angka itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh ketika mendapatkan bantuan sejak 27 Mei, iaitu ketika operasi kontroversi Gaza Humanitarian Foundation (GHF) dilancarkan, meningkat kepada 2,484 orang, manakala lebih 18,117 lagi cedera.
  • Sejak 2 Mac, pihak berkuasa Israel menutup sepenuhnya semua lintasan sempadan Gaza, sekali gus memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin di wilayah itu.
Dijana oleh AI

Ankara: Sekurang-kurangnya 64,800 rakyat Palestin maut dalam perang Israel-Hamas di Carikan Gaza sejak Oktober 2023,

selepas tujuh lagi mangsa meninggal dunia akibat kebuluran di wilayah itu.

Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan sebanyak 47 jenazah dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu manakala 205 orang cedera,

menjadikan jumlah keseluruhan mangsa cedera kepada lebih 164,200 orang sejak serangan bermula.

Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat menghulurkan bantuan.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa lima rakyat Palestin terbunuh dan lebih 26 lagi cedera akibat tembakan tentera Israel ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lalu.
 

Angka itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh ketika mendapatkan bantuan sejak 27 Mei, iaitu ketika operasi kontroversi Gaza Humanitarian Foundation (GHF) dilancarkan, meningkat kepada 2,484 orang, manakala lebih 18,117 lagi cedera.

Dalam tempoh sama, tujuh lagi rakyat Palestin termasuk dua kanak-kanak maut akibat kekurangan nutrisi dan kebuluran, menjadikan angka korban berkaitan kebuluran sejak Oktober 2023 meningkat kepada 420 orang, termasuk 145 kanak-kanak.

Sejak 2 Mac, pihak berkuasa Israel menutup sepenuhnya semua lintasan sempadan Gaza, sekali gus memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin di wilayah itu.

Kebuluran disahkan berlaku di utara Gaza pada pertengahan Ogos dan dijangka merebak ke Deir al-Balah serta Khan Younis menjelang akhir September, menurut Klasifikasi Fasa Keterjaminan Makanan Bersepadu, sebuah badan pemantau kelaparan disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita