Angka korban meningkat susuli ribut salji di AS
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP Photo/Delia Thompson
NEW YORK: Sekurang-kurangnya 26 orang di Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia sedang pembekuan Artik yang teruk terus mencengkam sebahagian besar Amerika Utara.
Demikian menurut laporan CNN pada Ahad (25 Dis).
Kawasan yang paling teruk terjejas ialah Buffalo, di bahagian utara New York dengan tujuh kematian berkaitan cuaca direkodkan.
Sementara itu, angin kencang menghalang usaha menyelamat.
Kematian berkaitan ribut juga dilaporkan di Vermont, Ohio, Missouri, Wisconsin, Kansas dan Colorado.
Beribu-ribu penerbangan dibatalkan, menghalang ramai orang daripada mengunjungi keluarga mereka pada Krismas.
Sementara itu, lebih 250 ribu rumah dan perniagaan kekal terputus bekalan elektrik awal semalam.
Wilayah Montana adalah yang paling teruk dilanda sejuk, dengan suhu menurun kepada bawah 45 darjah Selsius.
Di Kanada, wilayah Ontario dan Quebec sedang menanggung beban ribut.
Lebih daripada 150,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Quebec semalam.
Para pegawai berkata ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk sebahagiannya dipulihkan.
Ribut salji itu adalah akibat sistem cuaca musim sejuk yang kuat yang menyebabkan suhu sejuk dari Dataran Besar Utara ke sempadan A.S.-Mexico sejak pertengahan minggu lalu.

Sumber : AP/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.