Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban meningkat kepada 24; operasi mencari dan menyelamat kelasi Sukhothai diteruskan

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban meningkat kepada 24; operasi mencari dan menyelamat kelasi Sukhothai diteruskan

(Gambar: Tentera Laut Diraja Thai)

BANGKOK: Tiga lagi mayat kelasi yang hilang berjaya ditemui pada Rabu (28 Dis), sekali gus menjadikan angka korban tragedi kapal perang Thailand yang karam di Teluk Thailand mencecah 24 nyawa.

Jurucakap Tentera Laut Pogkrong Montradpalin berkata setakat pukul 5.00 petang (waktu tempatan) Rabu, pasukan penyelamat berjaya menemui 24 mayat kelasi yang hilang.

“Pencarian diteruskan bagi mengesan lima orang lagi,” katanya.

Kesemua mayat mangsa yang dijumpai pada Rabu akan menjalani proses bedah siasat serta pengecaman bagi mengesahkan identiti mereka.

Sebelum ini, pasukan penyelamat menemui satu mayat kelasi yang hilang di pantai Koh Samet di wilayah Chumphon pada pukul 8.20 pagi (waktu tempatan) Rabu.

Pada 18 Disember, HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi mengalami kerosakan enjin dan karam kira-kira 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan pada pukul 11.30 malam (waktu tempatan).

Operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran dilancarkan dan seramai 76 kelasi berjaya diselamatkan setakat ini.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan