Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban letusan gunung berapi White Island meningkat kepada 20

Angka korban akibat letupan gunung berapi White Island meningkat kepada 20, menyusuli satu lagi kematian, lebih sebulan selepas berlaku tragedi itu, menurut pihak polis hari ini (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban letusan gunung berapi White Island meningkat kepada 20

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 12:46PM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 12:57PM

WELLINGTON: Angka korban akibat letupan gunung berapi White Island meningkat kepada 20, menyusuli satu lagi kematian, lebih sebulan selepas berlaku tragedi itu, menurut pihak polis hari ini (13 Jan).

Angka korban terkini termasuk dua individu yang mayat mereka sehingga kini masih belum dijumpai.

“Polis mengesahkan seorang lagi individu meninggal dunia di hospital Australia malam tadi, akibat kecederaan daripada letupan gunung berapi White Island,” kata timbalan pesuruhjaya, Encik John Tims.

Mangsa yang identitinya tidak didedahkan adalah yang kedua meninggal dunia di hospital Australia.

Terdapat seramai 47 pelancong, majoritinya rakyat Australia semasa guung berapi itu meletus secara tiba-tiba, menyebabkan ramai mangsa mengalami kelecuran yang teruk.

Menurut para doktor, 25 peratus daripada sejuta sentimeter persegi kulit sudah digunakan bagi menyelamatkan nyawa para mangsa yang cedera.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan