Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban letupan pelabuhan Beirut meningkat kepada 190

Angka korban akibat letupan di pelabuhan Beirut pada bulan ini meningkat kepada 190 orang dengan lebih daripada 6,500 cedera dan tiga orang masih hilang, menurut pemerintah sementara Lubnan dalam satu laporan pada Ahad (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban letupan pelabuhan Beirut meningkat kepada 190

Pemandangan menunjukkan tapak letupan di kawasan pelabuhan Beirut, Lubnan, pada 5 Ogos 2020. (Gambar: Issam Abdallah/REUTERS)

Diterbitkan : 30 Aug 2020 05:51PM Dikemas Kini : 30 Aug 2020 05:53PM

BEIRUT: Angka korban akibat letupan di pelabuhan Beirut pada bulan ini meningkat kepada 190 orang dengan lebih daripada 6,500 cedera dan tiga orang masih hilang, menurut pemerintah sementara Lubnan dalam satu laporan pada Ahad (30 Ogos).

Pihak berkuasa Lubnan sedang menyiasat punca bahan-bahan mudah letup yang disimpan selama bertahun-tahun itu meledak hingga menghasilkan kepulan asap tebal amat dahsyat, di samping menyebabkan kerosakan pada sebahagian besar bandar itu dan mencetuskan kemarahan terhadap golongan ahli politik yang dipersalahkan atass kemelesetan ekonomi yang melanda negara itu.

Pada Sabtu (29 Ogos), pihak tentera menyatakan bahawa tujuh orang masih hilang - tiga warga Lubnan, tiga rakyat Syria dan seorang warga Mesir. Tidak diketahui jika ada di antara mereka yang hilang sudah ditemui sejak itu.

Letupan yang berlaku pada 4 Ogos lalu menyebabkan 300,000 orang kehilangan tempat tinggal dan kerosakan bernilai AS$15 juta (S$20 juta), menurut laporan yang dikeluarkan pada Ahad oleh majlis menteri.

Ia menyatakan 50,000 rumah, sembilan bangunan hospital utama dan 178 sekolah musnah dalam letupan itu.

Pemerintah Lubnan meletak jawatan menyusuli letupan tersebut.

Pejabat Presiden akan berunding bersama kumpulan-kumpulan parlimen pada Isnin (31 Ogos) untuk melantik seorang perdana menteri yang baru, sehari sebelum Presiden Perancis Emmanuel Macron melakukan lawatan untuk menggesa para pemimpin agar bertindak menyelamatkan negara itu daripada krisis kewangan yang mendalam yang berakar dalam amalan rasuah dan kelemahan urus tadbir.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan