Angka korban letupan paip Mexico meningkat 73 orang
Sekurang-kurangnya 73 orang kini disahkan mati dalam kejadian letupan dan kebakaran saluran paip minyak di bahagian tengah Mexico, pada sebelah malam Jumaat (18 Jan).
Angka korban akibat letupan paip Mexico meningkat kepada 73 orang pada 20 Januari 2018. (Gambar: Henry Romero/Reuters)
TLAHEULILPAN, MEXICO: Sekurang-kurangnya 73 orang kini disahkan mati dalam kejadian letupan dan kebakaran saluran paip minyak di bahagian tengah Mexico, pada sebelah malam Jumaat (18 Jan).
Menurut pihak berkuasa, 54 mayat sudah rentung sehingga menyebabkannya sukar untuk dikenal pasti.
Letupan itu berlaku ketika beratus-ratus orang sedang mengambil minyak dari paip berkenaan, yang dipercayai sengaja dibocorkan oleh para pencuri minyak.
Angka korban akibat insiden itu dikhuatiri akan terus meningkat kerana ramai daripada 74 mangsa yang cedera didapati melecur teruk.
Menyusuli tragedi itu, Presiden Mexico Andrés Manuel López Obrador menegaskan lagi azam pemerintahnya untuk membanteras kegiatan mencuri minyak, yang turut menyebabkan negara itu mengalami kerugian besar.
LAPORAN BERKAITAN:
21 maut saluran paip minyak Mexico meletup
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.