Angka korban krisis Myanmar cecah 1,000 orang
Seramai 1,000 individu terbunuh dalam bantahan anti-rampasan kuasa di Myanmar sejak 1 Februari lalu. Kumpulan aktivis Persatuan Bantuan untuk Tawanan Politik (AAPP) Myanmar mengesahkan perkara itu pada Rabu (18 Ogos).

Polis Myanmar menahan seorang penunjuk perasaan. (Gambar: AP)
REUTERS: Seramai 1,000 individu terbunuh dalam bantahan anti-rampasan kuasa di Myanmar sejak 1 Februari lalu. Kumpulan aktivis Persatuan Bantuan untuk Tawanan Politik (AAPP) Myanmar mengesahkan perkara itu pada Rabu (18 Ogos).
Seorang jurucakap bagi junta tentera yang memerintah tidak menjawab panggilan untuk memberi ulasan. Mereka sebelum ini menyifatkan perangkaan AAPP, yang dilaporkan secara meluas oleh badan-badan antarabangsa, telah ditokok tambah.
Tentera juga menegaskan ramai anggota pasukan keselamatan turut terbunuh. AAPP tidak mengambil kira jumlah itu dalam perangkaannya.
Krisis di Myanmar bermula dengan rampasan kuasa oleh junta yang menggulingkan pemerintah awam dipilih melalui pilihan raya.
Tentera Myanmar mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya yang berlangsung tahun lalu.
Susulan rampasan kuasa tersebut, bantahan di seluruh Myanmar tercetus dengan mahu mengembalikan demokrasi di negara itu serta pihak tentera perlu bertanggungjawab terhadap keganasan sehingga mengorbankan nyawa yang berlaku.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.