Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban konflik Sudan hampir cecah 300

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Hampir 300 orang dilaporkan terbunuh akibat pertempuran berterusan antara pasukan tentera dan Rapid Support Forces (RSF) di Sudan setakat ini.

"Keadaan di Sudan semakin membimbangkan dan menyayat hati. Hampir 300 orang telah meninggal dunia setakat ini manakala lebih 3,000 cedera.

"Saya mengecam semua serangan maut, terutamanya serangan ke atas orang awam dan institut kesihatan," lapor agensi Anadolu yang memetik ciapan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus di Twitter pada Rabu (19 Apr).

Menurut beliau, akses kepada bekalan elektrik, makanan, air, kakitangan dan bekalan perubatan semakin berkurangan, menjadikan hampir mustahil untuk banyak kemudahan kesihatan berfungsi dengan sempurna apabila terdapat beribu-ribu mangsa yang cedera dan memerlukan rawatan segera.

Ketua WHO itu mengulangi gesaannya agar semua pihak mematuhi seruan melaksanakan 'humanitarian pause', yang menurutnya membolehkan mereka yang terperangkap dalam pertempuran mencari perlindungan.

Orang awam juga akan dapat mengakses makanan, air dan ubat-ubatan dan pesakit boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang diperlukan, katanya selanjutnya.

"Keamanan adalah satu-satunya penyelesaian," tambahnya.

Pertempuran kini memasuki hari kelima antara tentera Sudan dan RSF di ibu negara Khartoum dan kawasan sekitarnya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan