Angka korban kebakaran pesta Tahun Baharu peranginan ski Switzerland meningkat kepada lebih 40 orang
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
GENEVA: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh manakala lagi 112 cedera selepas kebakaran tercetus di sebuah bar yang sesak ketika sambutan malam Tahun Baharu di bandar peranginan ski Crans-Montana, Switzerland, menurut Menteri Luar Itali Antonio Tajani kepada media Itali pada Khamis (1 Jan), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap kepada Sky TG24, Encik Tajani berkata proses mengenal pasti mangsa akan menjadi “amat rumit dan mengambil masa”.
Beliau menambah bahawa beberapa rakyat Itali yang cedera sudah dipindahkan ke Milan.
Laporan itu, yang memetik Duta Besar Itali ke Switzerland, Gian Lorenzo Cornado, menyatakan enam rakyat Itali masih hilang manakala 13 lagi dimasukkan ke hospital.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Switzerland setakat ini mengesahkan angka sementara yang lebih rendah.
Polis Valais memaklumkan kira-kira 40 orang maut dan sekitar 115 cedera, kebanyakannya parah, sambil menegaskan proses pengecaman mangsa masih berjalan dan angka itu masih boleh berubah.
Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa proses mengenal pasti mangsa yang maut mungkin mengambil masa beberapa hari disebabkan oleh keadaan mayat.
Memandangkan sifat antarabangsa pusat peranginan itu, pegawai Switzerland juga berkata warga asing berkemungkinan termasuk dalam kalangan mangsa.
Kebakaran itu tercetus di bar berkenaan sejurus selepas tengah malam, mencetuskan tindak balas kecemasan berskala besar.
Berpuluh-puluh ambulans dan helikopter dikerahkan, manakala mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital di serata Switzerland serta beberapa hospital di luar negara, termasuk unit rawatan khusus untuk kes melecur.
Siasatan jenayah berhubung insiden itu sedang dijalankan.
Pendakwa Valais berkata beberapa hipotesis sedang diteliti, dengan teori yang kini diberi keutamaan ialah kebakaran menyeluruh yang mencetuskan letupan.
Pihak berkuasa menegaskan banyak keadaan masih perlu diperjelaskan dan menggesa semua pihak agar bertenang dan menghormati keluarga mangsa.
Para pegawai Switzerland menolak unsur keganasan dan berkata tumpuan kekal untuk menentukan urutan kejadian yang tepat sehingga membawa kepada kebakaran itu.
Pakar forensik dari Zurich dilantik untuk membantu siasatan serta proses pengecaman mangsa.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.