Angka korban kebakaran loji pemprosesan nikel di Indonesia meningkat kepada 18; operasi dihentikan
Gambar: AP
JAKARTA: Korban jiwa di loji pemprosesan nikel yang terbakar di Indonesia pada hujung minggu lalu, telah meningkat kepada 18 orang pada Selasa (26 Dis).
Ini sedang berpuluh-puluh mangsa lain masih dirawat di hospital.
Polis menyatakan operasi di loji tersebut masih digantung sedang siasatan terhadap kejadian masih dijalankan.
Kejadian itu berlaku pada pagi Sabtu lalu apabila para pekerja melakukan kerja-kerja pembaikan terhadap kemudahan pembakaran di sebuah loji, yang dimiliki PT Indonesia Tsingshan Stainless Steel (ITSS) di pulau Sulawesi.
Kebakaran itu dapat dipadamkan pada hari yang sama.
Siasatan awal mendedahkan bahawa letupan di loji itu berlaku apabila bahan sisa daripada kemudahan pembakaran itu mengalir keluar dan terkena bahan mudah terbakar di sekelilingnya.
Sementara itu, Presiden Joko Widodo telah menggesa supaya meningkatkan tahap keselamatan dan pemantauan standard sekitaran, memandangkan pemprosesan nikel merupakan satu keutamaan dalam pembangunan ekonomi negara itu.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.