Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban kebakaran kasino Kemboja naik kepada 19

Anggaran Waktu Membaca:
KEMBOJA: Sekurang-kurangnya 19 orang disahkan meninggal dunia akibat kebakaran besar di kompleks hotel-kasino bandar Poipet, Kemboja berhampiran dengan sempadan Thailand.

Para mangsa terdiri daripada rakyat Thailand, Malaysia, Vietnam dan Kemboja sendiri.

Kebakaran di Hotel-Kasino Grand Diamond City itu bermula sekitar tengah malam pada Rabu (28 Dis).

Api baru berjaya dipadamkan pada pukul 2.00 petang waktu tempatan pada Khamis dengan bantuan bomba Thailand.

Semasa kebakaran, kira-kira 400 orang berada di hotel dan kasino berkenaan.

Para pegawai Kemboja percaya jumlah kematian akan meningkat.

Sehingga 30 orang masih dilaporkan hilang manakala kira-kira seratus yang lain cedera.

Sebahagian mangsa yang cedera dirawat di Thailand.

13 daripada mereka dilaporkan dalam keadaan tenat.
Sumber : Agensi berita/MU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan