Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban kebakaran kasino Kemboja meningkat kepada 25

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban kebakaran kasino Kemboja meningkat kepada 25

(Gambar: Tang Chhin Sothy/AFP)

PHNOM PENH: Angka korban akibat kebakaran melibatkan sebuah hotel kasino di wilayah Banteay Meanchey, Kemboja, meningkat kepada 25 orang setakat ini.

Demikian menurut laporan Xinhua. 

"Pagi ini (Jumaat), pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat dalam bilik hotel yang hangus, menjadikan angka korban kepada 25 orang setakat ini," kata pengarah jabatan maklumat wilayah Banteay Meanchey, Sek Sokhom.

Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Jumaat (30 Dis) merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan menggesa pihak berkuasa serta pemilik bangunan agar memperkukuh keselamatan dan tindak balas kebakaran.

Sementara itu, 73 yang lain dilaporkan cedera dalam kebakaran yang tercetus di Hotel dan Kasino Grand Diamond City di Poipet pada lewat Rabu malam (28 Dis). 

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya, namun operasi mencari mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu masih diteruskan,” katanya.

Encik Hun Sen turut mengucapkan terima kasih kepada Thailand kerana menghantar anggota respons kecemasannya bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan