Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban kebakaran hutan Chile jangkaui 50 orang

Anggaran Waktu Membaca:
SANTIAGO: Sekurang-kurangnya 51 orang disahkan maut berikutan kebakaran hutan di Chile.

Pihak berkuasa menjangkakan angka korban akan terus meningkat.

Ini sedang khidmat kecemasan negara itu masih bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Presiden Chile Gabriel Boric telahpun mengisytiharkan keadaan darurat di bahagian tengah dan selatan negara itu akibat bencana tersebut.

Keadaan cuaca kering dan suhu yang meningkat sehingga mencecah 40 darjah Celsius memburukkan lagi keadaan.

Asap tebal menyelubungi sebuah pusat pelancongan di kawasan pantai Chile, memaksa para penduduk meninggalkan rumah mereka.

Pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung bermula 9.00 malam waktu tempatan semalam untuk memudahkan penghantaran bekalan kecemasan ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Sebelum ini, Menteri Ehwal Dalam Negeri Carolina Toha berkata, 92 kebakaran telah dilaporkan, dengan lebih 106,000 ekar kawasan hutan terbakar.
Sumber : AGENCIES/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan