Angka korban kebakaran di hotel kasino Kemboja meningkat ke 26 orang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Tang Chhin Sothy dan TANG CHHIN SOTHY / AFP)
PHNOM PENH: Pasukan penyelamat Kemboja telah menamatkan operasi mencari mangsa kebakaran besar di sebuah kompleks hotel-kasino di bandar Poipet berhampiran sempadan Thailand.
Menurut pasukan penyelamat, seluruh kawasan kompleks hotel-kasino Grand Diamond City itu sudah diperiksa.
Kebakaran di hotel kasino itu tercetus pada lewat Rabu malam (28 Dis) sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan, menurut polis Kemboja.
Api baru berjaya dipadamkan pada pukul 2.00 petang waktu tempatan pada Khamis (29 Dis) dengan bantuan bomba Thailand.
Semasa kebakaran, kira-kira 400 orang berada di hotel dan kasino berkenaan.
26 orang disahkan meninggal dunia termasuk 21 rakyat Thailand.
Puluhan lagi orang cedera.
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Jumaat merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa, dan menggesa pihak berkuasa dan pemilik bangunan memperkukuh keselamatan dan tindak balas kebakaran.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Thailand kerana menghantar anggota respons kecemasannya bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.