Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban jiwa banjir, tanah runtuh Filipina naik kepada 51

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban jiwa banjir, tanah runtuh Filipina naik kepada 51

(Gambar: Philippine Coast Guard menerusi AP)

Diterbitkan : 03 Jan 2023 07:50AM Dikemas Kini : 03 Jan 2023 07:50AM
MANILA: Angka korban jiwa daripada banjir dan tanah runtuh yang melanda baru-baru ini di sekitar kawasan yang cenderung kepada bencana di Filipina meningkat kepada 51.

Demikian menurut pegawai pada Isnin (2 Jan).

Ini sedang pihak berkuasa mengagihkan bungkusan makanan kepada masyarakat yang teruk terjejas ekoran bencana tersebut.

Angka korban jiwa mungkin akan terus meningkat sedang pasukan penyelamat sedang mencari 19 orang lagi yang dilaporkan masih hilang selama lebih seminggu. Ini berikutan hujan lebat yang melanda kawasan tengah dan selatan pada hujung minggu Krismas, menurut agensi bencana kebangsaan.

Cuaca buruk melanda negara tersebut, yang mana kebanyakan daripada 100 juta penduduknya merupakan penganut Katolik, sepanjang cuti panjang Krismas.

Lebih 270,000 penduduk mendapatkan tempat perlindungan kecemasan sedang hujan lebat melanda kampung-kampung luar bandar, menyebabkan lebih 4,500 rumah mengalami kerosakan atau musnah. Malah, lebih 7,000 hektar tanaman juga dilaporkan musnah.

Kebanyakan kematian dicatat di wilayah Misamis Occidental, di pulau selatan Mindanao, di mana 19 orang terkorban akibat lemas atau tanah runtuh yang disebabkan hujan.

Filipina disenaraikan antara negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Malah, para saintis sudahpun memberi amaran bahawa ribut yang melanda negara itu akan bertambah kuat ketika dunia kian menjadi panas.
Sumber : AFP/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa