Angka korban hujan monsun Pakistan meningkat kepada hampir 400

Penduduk membersihkan rumah mereka menyusuli ribut yang menyebabkan hujan lebat dan banjir di kampung Dalori Bala di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada 19 Ogos 2025. (Gambar: Reuters/Akhtar Soomro)
Secara keseluruhannya, 706 penduduk Pakistan dilaporkan maut sejak bermulanya musim monsun pada 26 Jun, menurut laporan situasi terkini NDMA.
NDMA menyatakan kebanyakan kematian berlaku akibat rumah dan bumbung yang runtuh selepas hujan lebat, manakala selebihnya berpunca daripada banjir kilat, tanah runtuh, renjatan elektrik serta panahan petir.
Wilayah Khyber Pakhtunkhwa mencatat angka korban tertinggi dengan 427 kematian.
Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa hujan monsun menyebabkan kerosakan besar pada prasarana dan harta benda peribadi di seluruh negara itu.
Sejak 26 Jun, lebih 2,934 rumah rosak, 1,108 ternakan mati, selain 451 kilometer jalan raya dan 152 jambatan turut terjejas, dengan Khyber Pakhtunkhwa serta Kashmir yang ditadbir Pakistan paling teruk terkesan.
Pihak berkuasa memberi amaran hujan berterusan dijangka berlaku dalam masa beberapa hari mendatang dan menggesa penduduk di kawasan berisiko supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.