Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban gempa Turki kini lebih 43,500

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban gempa Turki kini lebih 43,500

Bangunan di bandar Antakya yang runtuh pada 19 Februari 2023. (Gambar: Sameer Al-Doumy/AFP)

WASHINGTON: Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Turki pada 6 Feb kini meningkat kepada 43,556 nyawa, kata Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu pada Rabu (22 Feb).

Encik Soylu membuat kenyataan itu ketika bersiaran langsung di Hatay, antara 11 wilayah yang dilanda gempa bumi.

Pemerintah Turki memerlukan tempoh masa tertentu untuk bertindak balas apabila berdepan dengan situasi di mana 26,000 kediaman runtuh pada satu jam pertama dan malapetaka itu melanda kawasan seluas 110,000 kilometer persegi (42,471 batu persegi).

Gempa bumi yang berpusat di Kahramanmaras turut menjejas 10 wilayah lain iaitu Hatay, Gaziantep, Adıyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata Turki akan mula membina lebih 200,000 kediaman seawal Mac di kawasan bencana dan pembinaan dijangka siap dalam tempoh setahun.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan