Skip to main content

Dunia

Angka korban gempa-tsunami Sulawesi terus meningkat; operasi mencari berakhir

Harapan untuk menemui mangsa-mangsa yang hidup di bawah runtuhan bangunan semakin pudar, seminggu selepas gempa bumi dan ombak tsunami melanda wilayah Sulawesi Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Oct 2018 08:30PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 08:50PM

PALU: Harapan untuk menemui mangsa-mangsa yang hidup di bawah runtuhan bangunan semakin pudar, seminggu selepas gempa bumi dan ombak tsunami melanda wilayah Sulawesi Tengah.

Gerakan mencari berakhir hari ini (5 Okt).

Angka korban akibat bencana alam itu terus meningkat dan kini melebihi 1,550 orang. Para pegawai juga berkata bahawa lebih 1,000 orang masih hilang.

Dari segi kos pula, kemusnahan akibat gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah itu merupakan salah satu yang tertinggi di Indonesia dalam tempoh lima tahun.

Banyak kegiatan ekonominya menjadi lumpuh dan lebih 65,000 bangunan serta prasarana penting mengalami kerosakan.

Menurut anggaran penilaian rasmi setakat ini, kemusnahan harta benda sudah mencapai AS$660 juta (S$911 juta).

Bagaimanapun, bantuan asing semakin banyak diterima bagi membangunkan semula kawasan-kawasan yang terjejas.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan Indonesia sedang menyiapkan peraturan mengenai bantuan yang diterima dalam bentuk wang tunai. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita