Skip to main content

Dunia

Angka korban gempa Kumamoto meningkat kepada 39, lebih 6,500 masih di pusat pemindahan

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban gempa Kumamoto meningkat kepada 39, lebih 6,500 masih di pusat pemindahan

Seorang anggota bomba dan penyelamat memeriksa runtuhan sebuah pusat beli-belah menyusuli letupan yang berpunca daripada gempa bumi di Kashima, Kumamoto. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Aug 2026 05:23PM
TOKYO: Angka korban akibat gempa bumi kuat yang melanda wilayah Kumamoto di barat daya Jepun pada 28 Julai meningkat kepada 39, sedang lebih 6,500 orang masih berada di pusat pemindahan.

Menurut kerajaan wilayah Kumamoto pada Sabtu (8 Ogos), 36 daripada kematian itu berpunca secara langsung daripada gempa bermagnitud 7.1 tersebut, lapor Xinhua.

Seorang lagi dipercayai meninggal dunia akibat strok haba yang dikaitkan dengan bencana itu.

Pihak berkuasa masih meneliti dua lagi kematian bagi menentukan sama ada ia mempunyai kaitan dengan gempa tersebut.

Seramai 23 orang turut dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Gempa kuat itu mencatatkan tahap maksimum 7 pada skala keamatan seismik Jepun di kawasan yang paling teruk terjejas.

Pada tahap tersebut, seseorang tidak dapat terus berdiri atau bergerak tanpa merangkak dan boleh tercampak akibat gegaran kuat.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita