Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban gempa Indonesia meningkat kepada 310

Anggaran Waktu Membaca:

CIANJUR: Beratus-ratus gempa susulan menggegarkan Indonesia hanya beberapa hari selepas gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter melanda bandar Cianjur di Jawa Barat Isnin lalu (21 Nov). 

Angka korban meningkat kepada 310 orang, manakala sekurang-kurangnya 24 orang masih dilaporkan hilang.

Harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup semakin tipis.

Gegaran susulan dan hujan menghalang jentera berat daripada dikerahkan ke beberapa lokasi, sekali gus menjejas usaha menyelamat.

Lebih 1,400 penyelamat berusaha mencari mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan sejak berlakunya gempa 5.6 Richter itu, yang mencederakan lebih 2,000 orang. 

Dalam semangat yang tidak mudah luntur, ratusan jemaah menunaikan solat Jumaat di tempat terbuka bersebelahan dengan sawah padi dan di jalan raya pada Jumaat (25 Nov). 

Para penduduk berkata mereka tetap bersyukur kerana dapat menunaikan solat berjemaah.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional menyatakan gempa tersebut memusnahkan sekurang-kurangnya 56,000 rumah dan ratusan kemudahan awam, termasuk 363 sekolah. 

Lebih 36,000 orang kehilangan tempat tinggal dan berlindung di lebih 100 pusat pemindahan.

Menurut ketua agensi bencana itu, para penyelamat akan meneruskan usaha mencari mangsa sehingga kerja-kerja pembangunan semula dimulakan.

Beliau menambah pengagihan makanan dan bentuk bantuan lain kini dapat dihulurkan kepada lebih ramai penduduk terjejas. 

Sumber : AP/LL/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan