Skip to main content

Dunia

Angka korban gempa Hokkaido, meningkat 18 orang

Angka korban akibat gempa di Hokkaido, Jepun meningkat kepada 18 orang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Sep 2018 08:03PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 10:21PM

ATSUMA: Angka korban akibat gempa di Hokkaido, Jepun meningkat kepada 18 orang.

Sekitar 26 orang masih hilang di bandar Atsuma, kawasan yang paling teruk terjejas dalam kejadian gempa kelmarin.

Perdana Menteri Shinzo Abe mengumumkan bekalan tenaga di 50 peratus daripada hampir tiga juta rumah di Atsuma, sudah dipulihkan.

Bekalan air bagaimanapun masih belum pulih sepenuhnya.

Ratusan rumah di kawasan desa ini rosak teruk akibat gempa sekuat 6.6 pada skala Richter itu.

Sementara itu Agensi Kaji Cuaca Jepun memberi amaran, gempa pada kekuatan yang sama dijangka sekali lagi menggegarkan Hokkaido pada bila-bila masa sahaja dalam minggu ini.

Sejauh ini lebih 90 gegaran susulan berlaku hari ini (7 Sep).

Kejadian itu menyukarkan lagi operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.

Gempa di Hokkaido adalah bencana alam kedua melanda Jepun selepas beberapa serangan taufan, banjir besar dan gelombang panas sejak musim panas lalu.  

Sumber : Reuters/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita