Angka korban gempa bumi Turki, Syria jangkaui 21,000
Pasukan penyelamat dan orang awam mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan di Nurdaqi, Gaziantep pada 9 Februari 2023, tiga hari selepas gempa bumi dahysat melanda Turki dan Syria. (Gambar: Zein Al Rifai/AFP)
ANKARA: Jumlah kematian akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turki dan Syria kini disahkan sekurang-kurangnya 21,051, menurut kenyataan pihak berkuasa kedua-dua negara.
Di Turki, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera pada Khamis (9 Feb), menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki.
Jumlah kematian di Syria pula meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,377 orang.
Ia termasuk 2,030 mangsa di kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah barat laut, dan 1,347 kematian di bahagian yang dikawal pemerintah di Syria, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets dan media pemerintah Syria.
Jumlah mangsa yang cedera di Syria merentasi semua wilayah yang terjejas meningkat kepada 5,245, dengan 2,295 dalam kawalan kerajaan serta 2,950 di kawasan yang dikuasai pemberontak.
Sekurang-kurangnya 78,124 orang cedera di Syria dan Turki, menurut angka daripada pemerintah Turki, White Helmets dan media pemerintah Syria.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.