Skip to main content

Dunia

Angka korban gempa bumi Jepun naik kepada 38

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban gempa bumi Jepun naik kepada 38

(Gambar: ANTARA)

Diterbitkan : 02 Aug 2026 04:30PM
KUMAMOTO: Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat pada Selasa (28 Jul) di Wilayah Kumamoto, barat daya Jepun, meningkat kepada 38 orang apabila dua lagi kematian disahkan, kata ibu pejabat tindak balas bencana wilayah pada Ahad (2 Ogos), lapor Jiji Press.

Seorang wanita berusia 70-an maut ketika tidur di dalam kereta, dipercayai akibat strok haba.

Kematiannya mungkin ada kaitan dengan bencana itu, selain mengalami tekanan fizikal dan mental.

Angka kematian termasuk kes lain yang mungkin dikaitkan dengan bencana itu.

Sehingga pagi Ahad, jumlah rumah yang rosak berjumlah 3,851. Bekalan air kekal terganggu untuk 46,800 isi rumah. Di tengah-tengah musim panas, 9,226 orang tinggal di 210 pusat pemindahan.

Namun, bilangan orang yang berlindung di dalam kereta masih tidak diketahui.

Menurut ibu pejabat tindak balas bencana wilayah, wanita itu disahkan meninggal dunia selepas dia didapati tinggal di dalam kereta pada Khamis. Alat hawa dingin kereta itu tidak berfungsi kerana kenderaan itu kehabisan minyak.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita