Skip to main content

Dunia

Angka korban Ebola di Congo jangkau 500 orang

Angka kematian akibat wabak Ebola terbaharu di Republik Demokratik Congo (DR Congo) kini menjangkau 500 orang, menurut laporan yang diterbitkan pihak berkuasa kesihatan negara itu pada Ahad (5 Jul), lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban Ebola di Congo jangkau 500 orang

Republik Demokratik Congo (DR Congo) merekodkan 1,561 kes Ebola yang disahkan, termasuk 506 kematian. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 06 Jul 2026 01:05PM
  • Pihak berkuasa kesihatan DR Congo melaporkan 1,561 kes Ebola dengan 506 kematian dan 254 pesakit telah sembuh setakat 5 Julai.
  • Wabak ini menjejaskan 36 zon kesihatan di tiga wilayah, dengan peningkatan kes mingguan yang ketara sejak bermula.
  • WHO memulakan ujian klinikal di pusat rawatan CME, Rwampara, Wilayah Ituri untuk menilai potensi rawatan bagi Ebola Bundibugyo.
  • Tiada vaksin atau rawatan khusus diluluskan untuk virus Ebola Bundibugyo, mendorong usaha mencari penyelesaian baharu.
Dijana oleh AI
KINSHASA: Angka kematian akibat wabak Ebola terbaharu di Republik Demokratik Congo (DR Congo) kini menjangkau 500 orang, menurut laporan yang diterbitkan pihak berkuasa kesihatan negara itu pada Ahad (5 Jul), lapor Xinhua.

Menurut laporan itu, negara berkenaan merekodkan 1,561 kes yang disahkan, termasuk 506 kematian.

Seramai 254 pesakit sudah sembuh, manakala 628 lagi pesakit yang disahkan dijangkiti kini sedang menjalani pengasingan atau menerima rawatan di hospital.

Pihak berkuasa turut mengenal pasti 354 kes disyaki, termasuk 110 kematian.

Menurut laporan itu, wabak berkenaan setakat ini telah menjejaskan 36 zon kesihatan di tiga wilayah.

Kes mingguan yang disahkan terus meningkat. Minggu epidemiologi ke-25 dan ke-26 merekodkan jumlah kes tertinggi sejak wabak itu bermula, dengan masing-masing mencatatkan lebih 300 kes disahkan, sekali gus menunjukkan penularan berterusan dalam komuniti.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis memaklumkan bahawa satu ujian klinikal mula mendaftarkan pesakit di DR Congo untuk menilai potensi rawatan bagi penyakit Ebola yang disebabkan oleh virus Ebola Bundibugyo.

Virus Ebola Bundibugyo ketika ini masih belum mempunyai vaksin yang diluluskan atau rawatan khusus.

Menurut laporan itu, ujian klinikal berkenaan dimulakan di pusat rawatan Ebola CME (Pusat Perubatan Evangelikal) di zon kesihatan Rwampara di Wilayah Ituri, yang merupakan pusat penularan wabak berkenaan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita