Skip to main content

Dunia

Angka korban di Carikan Gaza meningkat kepada 73,386 orang

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban di Carikan Gaza meningkat kepada 73,386 orang

Warga Palestin menghadiri pengebumian 112 anggota keluarga Hassayna dan Abu Sharia yang terkorban dalam serangan Israel pada 2023 dan mayat mereka ditemukan di bawah runtuhan, menurut Pertahanan Awam Gaza, pada 4 Ogos 2026. (Gambar: REUTERS/Dawoud Abu Alkas)

Diterbitkan : 09 Aug 2026 11:01PM
  • Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan 73,386 maut dan 174,250 cedera akibat serangan Israel di Carikan Gaza sejak 7 Oktober 2023.
  • Selepas gencatan senjata bermula 11 Oktober 2025, 1,258 kematian dan 4,139 kecederaan direkodkan, dengan 807 mayat dikeluarkan dari runtuhan.
  • Hospital di Gaza menerima dua jenazah dan lapan mangsa cedera dalam tempoh 24 jam lalu, termasuk seorang yang meninggal akibat kecederaan lama.
  • Ramai mangsa dipercayai masih terperangkap kerana ambulans dan pasukan penyelamat tidak dapat memasuki kawasan terjejas untuk membantu.
Dijana oleh AI
GAZA: Angka korban akibat serangan berterusan Israel di Carikan Gaza meningkat kepada 73,386 orang, manakala 174,250 lagi cedera sejak 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin pada Ahad (9 Ogos).

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan hospital di seluruh Carikan Gaza menerima dua jenazah dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia termasuk seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami sebelum ini.

Lapan lagi mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital dalam tempoh sama.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, jumlah korban sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025 kini mencecah 1,258 orang.

Seramai 4,139 orang pula cedera sejak gencatan senjata itu berkuat kuasa.

Dalam tempoh sama, 807 mayat dikeluarkan dari bawah runtuhan.

Sejumlah mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya.

Menurut pihak berkuasa, ambulans dan pasukan penyelamat masih tidak dapat memasuki kawasan berkenaan untuk mendapatkan mangsa.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita