Skip to main content

Dunia

Angka korban COVID-19 M'sia mungkin cecah 26,000 jelang Sep

Malaysia melaporkan lebih 100 kematian buat dua hari berturut-turut akibat jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban COVID-19 M'sia mungkin cecah 26,000 jelang Sep

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 04 Jun 2021 09:24AM Dikemas Kini : 04 Jun 2021 09:29AM

KUALA LUMPUR: Malaysia melaporkan lebih 100 kematian buat dua hari berturut-turut akibat jangkitan COVID-19.

Seramai 103 pesakit dilaporkan tewas kepada COVID-19 pada Khamis (3 Jun), menjadikan jumlah korban sebanyak 3,096 di Malaysia.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Malaysia Adham Baba berkata, angka korban mungkin mencecah 26,000 kematian berkaitan COVID-19 menjelang September ini.

Anggota Majlis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Adeeba Kamarulzaman dilaporkan mendedahkan satu kajian yang mendapati jumlah kematian berkaitan COVID-19 di Malaysia berkemungkinan mencapai 26,000 kes menjelang September.

Menurutnya, anggaran angka itu sekurang-kurangnya sembilan kali ganda daripada jumlah kumulatif kes kematian terkini 2,993 setakat Rabu (2 Jun).

Dr Adeeba turut dilaporkan sebagai berkata bahawa kajian oleh Institut Metrik dan Peniliaian Kesihatan (IHME) Universiti Washington itu menganggarkan kadar kematian harian akan mencecah 200 kes menjelang hujung Ogos.

Menurut Dr Adham, kes sporadik COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 60 peratus dipengaruhi pergerakan manusia, manakala 40 peratus adalah kes berkelompok.

Beliau berkata antara pencetus kelompok dalam masyarakat adalah kegiatan membabitkan pelbagai sektor, aktiviti bulan Ramadan dan pekerja penghantaran.

“Virus ikut manusia. Bila manusia bergerak, virus pun ikut,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata Sekatan Pergerakan Penuh (SPP)bermula 1 Jun sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif dan selain ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan oleh beberapa kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh negara kini berada pada tahap 100,000 sehari.

Beliau berkata kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang berusaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 tidak akan berhasil tanpa kebersamaan serta solidariti rakyat dalam tempoh sekatan pergerakan penuh itu.

“Kita ada peluang untuk menang dan semua pihak perlu membantu dan memainkan peranan mengurangkan tekanan pada sistem kesihatan negara,” katanya lagi. 

Sumber : Bernama/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita