Skip to main content

Dunia

Angka korban COVID-19 di Eropah melebihi 300,000

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Eropah sudah melepasi 300,000 orang dengan lebih 12 juta jangkitan dilaporkan sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban COVID-19 di Eropah melebihi 300,000

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Nov 2020 07:04PM Dikemas Kini : 07 Nov 2020 07:06PM

EROPAH: Jumlah kematian akibat COVID-19 di Eropah sudah melepasi 300,000 orang dengan lebih 12 juta jangkitan dilaporkan sejauh ini.

Angka dari sumber rasmi yang diperolehi AFP menunjukkan benua itu kini menjadi pusat baru virus itu.

Dua pertiga kematian dicatatkan di UK, Itali, Perancis, Sepanyol dan Rusia.

England mengenakan perintah berkurung selama empat minggu sejak kelmarin.

Pada Jumaat (6 Nov), bandar Liverpool memulakan program ujian virus korona seluruh negara yang pertama.

Di Itali pula, lebih daripada 37,000 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Hampir seluruh negara itu diletakkan di bawah arahan jangan keluar rumah.

Masa perintah berkurung sebelah malam pula dikenakan dari pukul 10.00 malam hingga 5.00 pagi.

Perancis yang sedang mengalami gelombang kedua penularan virus itu, mencatatkan lebih daripada 60,000 kes baru dengan lebih 1.7 juta kes secara keseluruhannya.

Sekitar 85 peratus kapasiti rawatan intensif di hospital-hospital dipenuhi dengan pesakit COVID-19.

Menteri Kesihatan Perancis memberi amaran langkah-langkah sekatan lebih ketat akan dikenakan jika sekatan-sekatan sekarang tidak berjaya membendung penularan COVID-19.

Sumber : Agensi berita/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita