Angka korban COVID-19 di Brazil, Mexico terus meningkat
Wabak COVID-19 terus menular di Amerika Latin, menyaksikan jumlah kematian di Brazil pada Isnin (15 Jun) melepasi 43,000 orang, manakala di Mexico seramai 17,000 terkorban, lapor agensi berita Anadolu.
BUENOS AIRES: Wabak COVID-19 terus menular di Amerika Latin, menyaksikan jumlah kematian di Brazil pada Isnin (15 Jun) melepasi 43,000 orang, manakala di Mexico seramai 17,000 terkorban, lapor agensi berita Anadolu.
Di Brazil, lagi 612 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 43,332, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.
Jumlah kes di negara kedua paling teruk terjejas di dunia itu mencecah 867,624 setakat ini apabila lagi 17,110 didapati positif COVID-19.
Di Mexico, lagi 269 korban dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 17,141.
Seramai 146,837 didapati positif iaitu pertambahan sebanyak 4,147 lagi kes.
Data Universiti Johns Hopkins mendedahkan di seluruh dunia, wabak maut itu sudah meragut lebih 433,600 nyawa, dengan jumlah jangkitan melebihi 7.92 juta, sementara lebih 3.78 juta pesakit sudah sembuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.