Skip to main content

Dunia

Angka korban banjir, tanah runtuh Sri Lanka meningkat kepada 47 orang, 21 masih hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban banjir, tanah runtuh Sri Lanka meningkat kepada 47 orang, 21 masih hilang
Penduduk berjalan di tengah-tengah banjir di Biyagama, luar Colombo pada 28 November 2025. (Gambar: Ishara S. KODIKARA / AFP)
 
Diterbitkan : 28 Nov 2025 04:45PM Dikemas Kini : 28 Nov 2025 04:46PM
ANKARA: Sekurang-kurangnya 47 orang maut manakala 21 yang lain dilaporkan hilang akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda seluruh Sri Lanka selama kira-kira 10 hari, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan pada Khamis (27 Nov).

Operasi menyelamat diteruskan di kawasan yang paling terjejas sedang negara itu masih berdepan cuaca buruk termasuk hujan lebat, paras air banjir yang meningkat dan tanah runtuh sejak 17 November, sekali gus menjejaskan kehidupan di banyak daerah, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris Daily Mirror.

Sebanyak 37 kematian dilaporkan dalam tempoh dua hari lalu di negara Asia Selatan itu.

Menurut Pusat Pengurusan Bencana Sri Lanka, lebih 5,893 penduduk di 17 daerah terjejas teruk akibat cuaca buruk, manakala 10 individu mengalami kecederaan dalam tempoh itu.

Daerah Batticaloa mencatatkan lebih 300 milimeter (11.8 inci) curahan hujan dalam satu tempoh, jumlah yang amat tinggi.

Sistem tekanan rendah kekal berada di negara itu, menyebabkan angin kencang dan gelombang hujan lebat yang berulang.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tanah runtuh tahap merah untuk lapan daerah berisiko tinggi selain menggesa para penduduk di daerah terlibat berada dalam keadaan berjaga-jaga, mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan bersedia untuk pemindahan segera.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita