Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban banjir Sudan cecah 205 mangsa

Anggaran Waktu Membaca:
SUDAN: Kementerian Kesihatan Sudan mencatat jumlah korban akibat banjir dan hujan meningkat kepada 205 orang serta kematian akibat kolera mencapai 185 orang.

Selain itu, kementerian tersebut turut mendedahkan dalam laporan pada Ahad (8 Sep), bahawa seramai 886 orang mengalami kecederaan akibat banjir dan hujan.

Lebih 26,000 rumah rosak seluruhnya, sementara 33,000 rumah yang lain rosak sebahagiannya akibat banjir dan hujan di negara tersebut sejak Jun.

Sebelumnya pada hari yang sama, Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) mengumumkan bahawa lebih 172,000 warga Sudan terpaksa dipindahkan akibat banjir dan hujan sejak Jun lalu.

Sudan juga mencatatkan 268 kes kolera termasuk 6 kematian di wilayah Kassala, Sungai Nil, dan Gedarif.

Hal itu membuat jumlah keseluruhan kes kolera di tujuh wilayah sebanyak 5.692, termasuk 185 kematian.

Pada 12 Ogos lalu, pihak berkuasa mengisytiharkan kolera sebagai wabak di negara itu.

Peningkatan kes kolera yang melanda Sudan berlaku di tengah-tengah konflik yang meletus sejak April 2023 akibat pertempuran antara tentera dan kumpulan separa tentera RSF.

Menurut data PBB pada bulan Ogos, lebih 18,800 orang terbunuh dalam konflik itu. Kira-kira 10 juta orang kehilangan tempat tinggal dan lebih 25 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan