Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban banjir Kerala meningkat kepada 357

Angka korban akibat banjir besar di wilayah Kerala di selatan India meningkat kepada 357 orang sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2018 04:38PM Dikemas Kini : 19 Aug 2018 11:41PM

INDIA: Angka korban akibat banjir besar di wilayah Kerala di selatan India meningkat kepada 357 orang sejauh ini.

Kemusnahan prasarana pula dianggarkan berjumlah sekitar AS$3 bilion (S$4.11 bilion).

Perdana Menteri India, Narendra Modi, meninjau-ninjau sendiri keadaan banjir di Kerala semalam (18 Ogos).

Encik Modi kemudian mengumumkan mengenai geran bantuan segera berjumlah AS$75 juta (S$103 juta).

Banjir itu disifatkan sebagai banjir paling dahsyat yang pernah melanda Kerala dalam tempoh 100 tahun.

Kira-kira 353,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka dan mencari perlindungan di lebih 3,000 kemah sementara.

Beribu-ribu askar dari ketiga-tiga cabang tentera sudah dikerahkan bagi operasi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan kejadian tanah runtuh.

Para pegawai menganggarkan bahawa lebih daripada 10,000 kilometer jalan raya dan 134 jambatan mengalami kerosakan akibat banjir tersebut.  

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan