Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban banjir Jepun naik kepada 68

Jumlah rekod hujan terus menjejas Jepun pada hujung minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban banjir Jepun naik kepada 68

(Gambar: AFP/CHARLY TRIBALLEAU)

Diterbitkan : 12 Jul 2020 05:35PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 05:43PM

TAKAYAMA, JEPUN: Jumlah rekod hujan terus menjejas Jepun pada hujung minggu ini.

Hujan lebat menyebabkan banjir di banyak kawasan selain mencetuskan kejadian tanah runtuh.

Sekurang-kurangnya 68 orang sudah terkorban dengan majoritinya di wilayah Kumamoto.

Lagi 13 orang masih dilaporkan hilang.

Hujan di Kumamoto mencapai hampir 370 mililiter sejak semalam (11 Jul) manakala wilayah Nagano dan Gifu menyaksikan jumlah hujan lebih 150 mililiter.

Kira-kira 12,000 buah rumah telah rosak ataupun musnah di 19 buah daerah.

Jumlah kerosakan dijangka lebih tinggi sedang para pegawai masih lagi membuat penilaian.

Lebih banyak hujan dijangkakan di bahagian timur dan barat Jepun esok, akibat sistem tekanan rendah di Laut Jepun.

Sumber : AFP/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan