Angka korban banjir Indonesia terus meningkat
Angka korban keseluruhan sekauh ini ekoran banjir yang melanda Indonesia akibat hujan lebat mencecah hampir 40 orang, dengan puluhan lagi dilaporkan hilang, menurut para pegawai pada Isnin (29 Apr).
BENGKULU: Angka korban keseluruhan sekauh ini ekoran banjir yang melanda Indonesia akibat hujan lebat mencecah hampir 40 orang, dengan puluhan lagi dilaporkan hilang, menurut para pegawai pada Isnin (29 Apr).
Di Bengkulu, Sumatera, angka korban kini meningkat kepada 29 orang. Menurut agensi bencana Indonesia, sekurang-kurangnya 13 lagi dilaporkan hilang.
Pada Sabtu sekeluarga enam beranak meninggal dunia di Lampung ekoran kejadian tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat.
Bencana ini menyusuli kejadian banjir di Jakarta yang meragut dua jiwa.
Hampir 12,000 orang di wilayah Bengkulu, kawasan paling teruk terjejas, telah dipindahkan ke tempat-tempat perlindungan sementara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.