Skip to main content

Dunia

Angka korban banjir Indonesia cecah 77 orang

Banjir kilat di wilayah Papua di bahagian timur Indonesia meragut nyawa sekurang-kurangnya 77 orang, menurut agensi bencana negara itu hari ini (18 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban banjir Indonesia cecah 77 orang

Daerah Sentai dekat ibu kota Jayapura, Papua di Indonesia dilanda banjir kilat pada 17 Mac. (Gambar: Netty Dharma Somba/AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 04:11PM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 04:14PM

JAKARTA: Banjir kilat di wilayah Papua di bahagian timur Indonesia meragut nyawa sekurang-kurangnya 77 orang, menurut agensi bencana negara itu hari ini (18 Mac).

Sebelum ini, angka korban yang dilaporkan adalah seramai 58 orang.

Lebih 30 orang masih dilaporkan hilang manakala ramai yang lain cedera akibat bencana itu yang tercetus akibat hujan lebat dan kejadian tanah runtuh.

Pada Ahad (17 Mac), pihak berkuasa menyatakan bahawa seramai 58 mangsa terkorban akibat bencana tersebut, dengan berpuluh-puluh lain cedera dan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan semalam (17 Mac) di bandar Sentani, yang dilanda banjir kilat pada lewat Sabtu (16 Mac).

Pihak berkuasa bencana sebelum ini memberi amaran kepada pemerintah tempatan mengenai risiko bencana alam akibat penebangan hutan di kawasan pergunungan di sekeliling bandar berkenaan, kata jurucakap agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

Banjir biasa berlaku di Indonesia, terutama sekali pada musim hujan antara Oktober hingga April.

Pada Januari, sekurang-kurangnya 70 orang terkorban akibat banjir dan kejadian tanah runtuh di pulau Sulawesi. Pada awal bulan ini pula, beratus-ratus penduduk Jawa Barat terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat apabila hujan lebat mencetuskan banjir dahsyat di wilayah tersebut.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita