Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban banjir besar Itali meningkat kepada 14

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban banjir besar Itali meningkat kepada 14

Gambar: Andreas SOLARO / AFP

ROM: Jumlah kematian akibat banjir besar di utara Itali meningkat kepada 14 orang selepas mayat seorang lelaki warga emas ditemui di bandar Faenza pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemindahan penduduk di kawasan berisiko di wilayah Emilia-Romagna masih diteruskan dan pihak berkuasa kini menumpukan usaha untuk memindahkan para mangsa di Ravenna.

Hujan berterusan di kawasan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Jumlah curahan hujan terkini tidak "seteruk" curahan hujan pada awal minggu yang menyebabkan tebing sungai pecah, menurut naib presiden wilayah itu, Irene Priolo.

Cik Priolo bimbang hujan berterusan akan mengakibatkan lebih banyak kejadian tanah runtuh.
Sumber : Bernama/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan