Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban bangunan runtuh Kemboja cecah 17 orang

Angka korban akibat bangunan milik warga China yang roboh di Kemboja sudah meningkat kepada 17 orang sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jun 2019 02:47PM Dikemas Kini : 24 Jun 2019 12:04AM

PHNOM PENH: Angka korban akibat bangunan milik warga China yang roboh di Kemboja sudah meningkat kepada 17 orang sejauh ini.

Para pegawai mendedahkan demikian sedang pasukan penyelamat mengejar masa untuk mencari mangsa-mangsa yang masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Bangunan yang sedang dibina itu roboh pada awal pagi semalam (22 Jun) di bandar Sihanoukville yang terletak di bahagian barat daya Kemboja.

Seramai empat orang ditahan berhubung tragedi itu.

Bangunan setinggi tujuh tingkat itu hampir selesai dibina semasa ia roboh, menyebabkan berpuluh-puluh orang terperangkap.

Ia merupakan nahas paling dahsyat yang pernah berlaku di Kemboja sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut pihak berkuasa wilayah Preah Sihanouk, 17 orang terkorban manakala 24 yang lain cedera akibat nahas tersebut.

Satu siasatan sudahpun dilancarkan bagi mengenal pasti punca nahas itu.

Sumber : Agensi berita/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan