Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka kes harian COVID-19 di Arab Saudi terus melebihi 4,000 jangkitan

Anggaran Waktu Membaca:
Angka kes harian COVID-19 di Arab Saudi terus melebihi 4,000 jangkitan

Jemaah di Masjidil Haram pada 31 Disember 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jan 2022 07:31AM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 07:31AM

RIYADH: Jumlah kes baru COVID-19 di Arab Saudi terus berada di atas paras 4,000 pada Selasa (11 Jan), lapor Saudi Gazette. 

4,652 jangkitan baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. 

Menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan Saudi, dua pesakit meninggal dunia  akibat komplikasi berkaitan virus tersebut dalam tempoh 24 jam. 

Ini menjadikan jumlah kes jangkitan di Saudi sebanyak 588,183 dan kematian berkaitan virus itu kepada 8,897. 

Seramai 2,051 pesakit sudah pulih dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlah pesakit yang sembuh kini 549,558, menurut kementerian itu, seperti yang dilaporkan Saudi Gazette. 

Antara kes aktif COVID-19 yang dikesan, 190 berada dalam keadaan tenat. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa