Angka kematian terus meningkat sedang Eropah dilanda ribut salji
Jumlah kematian akibat ribut salji di Eropah meningkat kepada lebih 55 orang.
DUBLIN/LONDON: Jumlah kematian akibat ribut salji di Eropah meningkat kepada lebih 55 orang.
Sebahagian besar Ireland diselaputi salji tebal, memaksa Britain mengerahkan tentera untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa.
Sekurang-kurangnya 24,000 rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik, dengan sistem pengangkutan tergendala.
Semua penerbangan dari lapangan terbang Dublin, dibatalkan dan ramai penumpang terkandas di dalam kereta api.
Ribut salji yang sedang melanda Britain dan Ireland ini disifatkan sebagai paling buruk sejak 1991.
Jabatan Kaji Cuaca Britain mengeluarkan tanda amaran berwarna merah hari ini (2 Mac), sehari selepas amaran yang sama dikeluarkan ke atas Scotland.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.