Skip to main content

Dunia

Angka kematian tanah runtuh di Jawa Tengah naik kepada 11

Pasukan penyelamat di Jawa Tengah menemukan tujuh lagi mayat mangsa tanah runtuh di daerah Cilacap pada hari ketiga operasi pencarian, meningkatkan jumlah kematian yang disahkan kepada 11.
Anggaran Waktu Membaca:
Angka kematian tanah runtuh di Jawa Tengah naik kepada 11
Sebuah rumah yang musnah kelihatan di kampung Cibeunying, wilayah Cilacap, Jawa Tengah, pada 14 November 2025. (Gambar: AFP/Bakhtiar Rahman)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 16 Nov 2025 07:24AM
JAKARTA: Pasukan penyelamat di Jawa Tengah menemukan tujuh lagi mayat mangsa tanah runtuh di daerah Cilacap pada hari ketiga operasi pencarian, meningkatkan jumlah kematian yang disahkan kepada 11.

Demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) pada Sabtu (15 Nov).

Dua lagi bahagian mayat dikenal pasti milik seorang mangsa, susulan penemuan tiga mayat sebelum ini sejak dua hari lalu.

“Sekurang-kurangnya 12 orang masih hilang ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi di kawasan rumah yang musnah dan jalan yang terhalang,” kata Timbalan Ketua Pengurusan Kecemasan BNPB, Budi Irawan dalam kenyataan.

Operasi pada Sabtu di kampung Cibeunying, daerah Majenang, melibatkan 520 anggota SAR gabungan, disokong oleh 19 ekor anjing pengesan dan 12 jengkaut.

“Ketinggian timbunan runtuhan berbeza antara dua hingga lapan meter, menjadikan pencarian secara cepat mustahil menggunakan peralatan asas,” tambah Budi.

Cuaca kekal sebagai faktor utama, dengan hujan sederhana hingga lebat diramalkan di daerah Majenang hingga Ahad, yang boleh menjejaskan operasi pencarian yang ditamatkan pada pukul 4.00 petang pada hari ketiga itu.
Sumber : Bernama/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita