Skip to main content

Dunia

Angka kematian di Ghouta Timur melebihi 500

Serangan udara baru ke atas wilayah Ghouta Timur di Syria hari ini (24 Feb) menjadikan angka kematian penduduk awam sejak seminggu lalu kepada lebih 500.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka kematian di Ghouta Timur melebihi 500

Douma, Syria. (Gambar: HAMZA AL-AJWEH / AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2018 11:07PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 11:10PM

DOUMA: Serangan udara baru ke atas wilayah Ghouta Timur di Syria hari ini (24 Feb) menjadikan angka kematian penduduk awam sejak seminggu lalu kepada lebih 500.

Ia susulan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menangguhkan undian mengenai gencatan senjata.

Lebih 120 kanak-kanak antara yang maut dalam kempen pengeboman yang dilancarkan Ahad lalu di wilayah itu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Badan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu berkata, sekurang-kurangnya 29 penduduk awam maut dalam serangan hari ini, termasuk 17 di bandar Douma.

Ia berkata, serangan dilancarkan tentera Syria dan Rusia. Moscow, yang memberi bantuan ketenteraan kepada sekutunya, Damsyik pada 2015, menafikan sebarang pembabitan langsung dalam pengeboman di Ghouta Timur.

Presiden Donald Trump, semalam berkata tindakan Rusia baru-baru ini di Syria 'memalukan.'

Majlis Keselamatan dijangka mengundi semalam mengenai ketetapan menggesa gencatan senjata sebulan untuk membolehkan bantuan dihantar dan memindahkan penduduk awam yang cedera serius.

Namun undian ditangguh sehingga jam 12.00 tengah hari waktu New York hari ini ketika kuasa Barat berbalah dengan Rusia mengenai kandungannya.

Para pemimpin dunia menyuarakan kemarahan atas nasib orang awam di Ghouta Timur, yang disebut ketua PBB Antonio Guterres sebagai "neraka di bumi". Namun, setakat ini badan dunia itu gagal untuk menghentikan pertumpahan darah.

Sumber : AFP/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita