Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka kematian banjir, tanah runtuh Filipina naik kepada 33

Anggaran Waktu Membaca:
Angka kematian banjir, tanah runtuh Filipina naik kepada 33

(Gambar: AFP/ Philippine Coast Guard (PCG))

MANILA: Seorang mangsa banjir ditemui mati dan tiga lagi dilaporkan hilang di selatan Filipina selepas ia dilanda tanah runtuh, lapor polis pada Khamis (29 Dis), ia membawa angka kematian negara kepada sekurang-kurangnya 33 disebabkan hujan kebelakangan ini.

Pihak berkuasa masih mencari lebih 20 mangsa yang dilaporkan hilang selepas hujan lebat melanda pada hujung minggu lalu ketika perayaan Krimas, yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di kawasan wilayah tengah dan selatan.

Kematian terbaru berlaku pada Rabu (28 Dis) di Bandar Mati di kawasan Davao Priental di pulau Mindanao, apabila berlakunya tanah runtuh yang menimbus empat orang ketika mereka memancing, lapor polis.

Mayat seorang lelaki 62 tahun ditemui dan usaha pencarian rakannya sedang dilaksanakan, ketua polis Bandar Mati Ernesto Gregore memberitahu AFP.

"Berlakunya hujan lebat di kawasan pergunungan. Mereka sedang memancing di sungai apabila tanah runtuh berlaku," kata Gregore.

Cuaca bertambah buruk pada hujung minggu lalu apabila negara, yang mudah terdedah kepada bencana, dengan 110 juta penduduk bersiap sedia untuk bercuti panjang sempena Krismas.

Ratusan rumah dan lebih 5,000 hektar tanaman musnah akibat hujan yang menyebabkan pulahan ribu penduduk berpindah ke pusat pemindahan, menurut agensi bencana negara itu.

Kemusnahan paling teruk berlaku di kawasan Misa Occidental, di Mindanao, di mana 15 mangsa maut kerana lemas atau tanah runtuh akibat hujan.

Filipina disenaraikan sebagai antara negara paling terdedah kepada kesan perubahan iklim, dan para saintis memberi amaran bahawa ribut akan menjadi lebih ganas apabila dunia bertambah panas.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan