Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka kematian akibat COVID-19 turun 95% sejak awal 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Angka kematian akibat COVID-19 turun 95% sejak awal 2023

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus. (Gambar fail: Bernama)

GENEVA: Jumlah kematian akibat COVID-19 menurun 95 peratus sejak awal tahun ini, kata ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Rabu (26 Apr).

"Kami gembira dengan penurunan berterusan angka kematian yang dilaporkan akibat COVID-19, kata Encik Ghebreyesus pada taklimat akhbar, lapor Sputnik.

Bagaimanapun, ancaman pandemik itu masih belum berakhir memandangkan virus itu masih boleh bermutasi dan menyebabkan gelombang kematian baru, kata Encik Ghebreyesus.

"Anggaran satu daripada 10 jangkitan menyumbang kepada keadaan pasca COVID-19, yang menunjukkan bahawa ratusan juta orang akan memerlukan penjagaan jangka panjang. Kemunculan varian XBB.1.16 baru, virus yang masih bermutasi itu mampu menyebabkan gelombang baharu penyakit dan kematian," katanya.

Beliau, bagaimanapun kekal optimistik mengenai kemungkinan WHO akan mengisytiharkan berakhirnya pandemik COVID-19 global pada 2023, kata Encik Ghebreyesus.

Menurut angka WHO, sehingga 26 April, lebih 764 juta kes COVID-19 disahkan sejak permulaan wabak global dengan 6.9 juta kematian direkodkan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan