Angin kuat diramal di kebanyakan kawasan Saudi
RIYADH: Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi pada Sabtu (1 Apr) mengeluarkan beberapa amaran berkaitan ramalan angin kencang dan debu di sesetengah kawasan di Arab Saudi, termasuk hujan di Makkah.
NCM menyatakan hujan renyai hingga sederhana diramalkan di Makkah, termasuk Al-Khurma, Turbah dan Ranyah, diiringi dengan angin yang bertiup dekat permukaan bumi dan menjejas daya penglihatan, lapor Saudi Gazette.
Sementara itu, kawasan yang diramal menyaksikan tiupan angin kuat dan debu dengan kurang daya penglihatan ialah ibu negara Riyadh. Ini termasuk Al-Aflaj, Al-Sulayyil dan Wadi Al Dawasir, selain kawasan Al-Sharqiyah termasuk Al-Ahsa, Al-Aded, Buqayq, Al-Jubail, Al-Khobar, Damma, Al-Qatif dan Ras Tanura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.