Skip to main content

Dunia

Angin kencang tunda kepulangan angkasawan ISS kembali ke bumi

Sebuah kapsul kapal angkasa lepas yang membawa pulang empat angkasawan kembali ke Bumi akan meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Isnin (8 Nov) dan bukannya Ahad (7 Nov), menurut NASA.

Anggaran Waktu Membaca:

PARIS: Sebuah kapsul kapal angkasa lepas yang membawa pulang empat angkasawan kembali ke Bumi akan meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Isnin (8 Nov) dan bukannya Ahad (7 Nov), menurut NASA.

Penangguhan itu disebabkan angin kencang di tapak pendaratan.

Pasukan itu terdiri daripada angkasawan dari Perancis Thomas Pesquet, Akihiko Hoshide dari Jepun serta Shane Kimbrough dan Megan McArthur dari Amerika Syarikat akan berlepas pada pukul 1905 GMT pada Isnin.

"Disebabkan angin kencang dekat zon pendaratan, Crew-2 kini menyasarkan untuk pulang ke bumi tidak lewat daripada pukul 0333 GMT pada Selasa, menurut NASA dalam catatan Twitter.

Diberi nama Endeavour, kapsul kapal angkasa lepas Crew Dragon itu yang dibina oleh syarikat privet SpaceX dijangka mendarat di pantai Florida.

Setelah mengelilingi bumi dalam ISS sejak 24 April, para angkasawan Crew-2 akan pulang ke bumi sebelum angkasawan pengganti tiba di ISS.

Pelancaran Crew-3 juga ditunda beberapa kali antara lain disebabkan keadaan cuaca buruk.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita