Skip to main content

Dunia

Angin kencang, laut bergelora hingga Ahad

Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui dan utara Condore, sehingga Ahad ini (16 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Angin kencang, laut bergelora hingga Ahad

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Dec 2018 12:43PM Dikemas Kini : 12 Dec 2018 12:45PM

KUALA LUMPUR: Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui dan utara Condore, sehingga Ahad ini (16 Dis).

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini (12 Dis), angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua kegiatan perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50kmsj dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, selatan Condore, utara Bunguran, barat laut Reef South, Reef North, Layang-Layang dan barat Palawan sehingga Ahad ini (16 Dis).

Situasi sama dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang pada tempoh sama yang turut membahayakan bot-bot kecil, kegiatan riadah dan sukan laut.

Dalam pada itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di perairan Selat Melaka Utara dan Bunguran dijangka berterusan sehingga pukul 12.00 tengah hari ini.

Menurut kenyataan itu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita