Angin kencang, laut bergelora di M'sia sehingga Jumaat
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah mulai esok (29 Okt) hingga Jumaat, 2 November ini.
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah mulai esok (29 Okt) hingga Jumaat, 2 November ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya bagi semua kegiatan perkapalan dan pantai, termasuk memancing ikan dan perkhidmatan feri.
Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku sepanjang tempoh yang sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.